Mesti ramai di kalangan wanita yang suka dengan bunga ros. Bagaimana dengan penjagaan pokok bunga ros? Jika tidak kena cara, agak sukar juga untuk tanam pokok bunga ros. MW ingin berkongsi dengan anda beberapa tips mudah untuk penjagaan pokok bunga ros.

  • Pokok bunga ros perlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja.

  • Jangan lupa, pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang tetapi jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

  • Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Amalkan air basuhan beras dan ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.

  • Kulit udang dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro dan mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.

  • Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara bergradual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.



 Cara Menjadikan Bunga Ros Berwarna-warni

Assalamualaikum... Siapa yang tidak menggemari bunga ros...bunganya cantik dan berbau harum. Pelbagai warna tapi bagaimana jika sekuntum bunga ros berbagai warna kelopaknya?....Tentulah ianya memukau jiwa... 


Baru tadi anak buah hantar satu gambar di FB... Bunga ros kelopak berwarna-warni. Sungguh menarik sekali dan mempersonakan. Terus cari kat internet, rupanya ianya bukan photoshop atau edited picture...ianya boleh di buat!

bunga ros berwarna relaks minda
Lihatlah... Anda pasti terpikat...

Daripada bunga ros berwarna putih ini...bertukar kepada berwarna-warni

Bagaimana hendak membuat bunga ros ini berwarna-warni kelopaknya? Anda berminat? OK..Mudah sahaja..ikut langkah-langkah berikut :


Begini caranya : 
1. Dapatkan bunga ros berwarna putih segar yang baru berkembang.
2. Potong dahannya lebh kurang sejengkal dari bunga.
3. Belah pangkal dahan tersebut kepada 4 bahagian.
4. Sediakan 4 gelas berisi air yang berlainan warna.
5. Masukkan setiap belahan dahan tadi kedalam setiap satu gelas.
6. Biarkan ianya...sehinggalah anda dapat lihat lelopak putih bertukar menjadi warna
(tempoh masa tidak dinyatakan...rasanya dalam 24jam sudah ada perubahan)

Jika kurang jelas, ikut sahaja tutorial bergambar ini :
bunga ros berwarna relaks minda
Pastikan bunga ros yang segar dan cecair pewarna tidak beracun!

Lihatlah hasilnya.... Kalau tidak menjadi jangan pula salahkan saya ye...Cubalah...
Kongsikan hasilnya...Jadi ke?
bunga ros berwarna relaks minda

Sungguh indah bunga ros ciptaan Ilahi... Ditambah pula dengan kreativiti manusia yang kreatif mencantikkannya dari hanya putih kepada berwarna-warni.
Bunga Ros seindah namanya, berwarna-warni menawan kaum hawa... Pemberian istimewa dari si jejaka.